Lebih daripada 40 tahun, Syarikat Mesa telah menghasilkan aloi khas untuk bidang pergigian dan sektor perindustrian.

Selama ini, Mesa telah mengubahkan strukturnya secara beransur-ansur, iaitu dari sebuah bengkeng kecil sehingga menjadi sebuah firma yang moden pada masa kini, serta merupakan pengeluar aloi ‘Magnum”yang terkenal di seluruh dunia. Namun ia masih tetap sebagai sebuah perniagaan keluarga.
Hakikat ini telah menciptakan yayasan untuk mencapai kefleksibelan yang unggul, supaya Mesa dapat memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah dengan cepat dan cekap.
Mesa tetap mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan para pesakit. Dengan pengetahuan juga kekompetenannya dalam penyelidkan dan reka bentuk, syarikat ini akan menghasilkan aloi yang bermutu tinggi, selamat dan handal sahaja.
Kini, Mesa telah menghasilkan lebih daripada 50 jenis aloi yang boleh dibahagikan kepada :aloi untuk seramik, aloi untuk separa dan prostesis, aloi untuk jambatan dan korona, aloi untuk pematerian, cakera dan katrij kosong serta batang bar untuk pemprosesan CAD / CAM.

Sebagai sebuah pengeluar hasilan bioperubatan yang tajam dalam pemerhatian, Mesa telahpun memperolehi tanda CE untuk aloinya sejak tahun ke 1990-an.

Sebelum diletakan ke pasaran, semua hasilannya akan diuji tegas dengan ujian atas Bio-keserasian dan rintangan kepada kakisan.
Piawaian yang tinggi ditetapkan pada setiap jenis aloi akan menentukan proses pembelian bahan mentah. Hanya bahan-bahan yang terbaik di pasaran akan diambil kira oleh syarikat. Dengan ini, Mesa dapat menjaminkan hasilannya betul-betul tidak mengandungi beryllium, gallium and cadmium serta tidak mengandungi Nikel bagi hasilan tanpa Nikel.
Penjadualan dan perbaikan adalah matlamat yang akan sentiasa dicapai oleh Mesa. Yang penting itu adalah untuk menekankan bahawa pelaburan secara besar-besaran telah dilaksanakan, manakala pelaburan lain juga akan dilaksanakan untuk masa yang akan datang, supaya Mesa sentiasa dapat menjalankan ujian terkini dan membuat pelarasan supaya dapat mengikut setiap taraf serta norma baharu di pasaran sedunia.
DOWNLOAD CATALOGUE